Monday 28 September 2020

Program Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu Prihatin 3.0 dan Majlis Penyerahan Bantuan Kerusi Roda Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat , Sumbangan Bantuan Zakat serta Sumbangan Tunai daripada YB Dato' ADUN Bandar Baharu di Mukim Serdang.

 

27  September 2020 (Ahad)

Program Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu Prihatin 3.0 dan Majlis Penyerahan Bantuan Kerusi Roda Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ,  Sumbangan Bantuan Zakat serta Sumbangan Tunai daripada YB Dato' ADUN Bandar Baharu di Mukim Serdang.

Majlis Penyerahan kerusi roda dari JKM Bandar Baharu dan sumbangan kit barangan keperluan dari Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu kepada pasangan suami isteri, Encik Mat Rabi bin Othman dan Puan Rabiah bt Jaafar di Kampung Lombong B, Serdang disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Selain itu, Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu turut menyampaikan sumbangan zakat kepada pasangan warga emas berkenaan.

Manakala, sumbangan tunai dari YB Dato' ADUN Bandar Baharu disampaikan oleh wakil dari Pejabat ADUN Bandar Baharu.

Program ini juga turut disertai oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan),  Penghulu Mukim Serdang dan En.Halim bin Hashim., BKM Ahli Majlis MDBB.

Semoga bantuan-bantuan yang diberikan pada hari ini dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.