Monday 28 September 2020

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Memperingati Kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

 

10 September 2020 (Khamis)

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Sempena Memperingati Kemangkatan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Majlis anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah adalah secara langsung melalui aplikasi Google Meet. Daerah Bandar Baharu turut berkesempatan mengikuti majlis tersebut.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu bersama-sama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ahli-ahli Majlis MDBB serta Ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut menyertai majlis berkenaan menggunakan aplikasi Google Meet bertempat di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.