Sunday 24 April 2022

MAJLIS KHATAM ALQURAN 2022M

 MASJID ZAHIR ALOR SETAR
25 APRIL 2022 (ISNIN)

Sempena dengan meraikan kemuliaan Nuzul Quran, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Khatam AlQuran bersama-sama dengan PUSPANITA Cawangan-cawangan Kecil Daerah serta lain-lain jabatan.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Paduka Hariyanti binti Amit.

Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan acara bacaan khatam AlQuran dan bacaan surah Yasin bagi memohon perlindungan serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah swt kepada seluruh ahli-ahli keluarga PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Seterusnya, YBhg. Datin Paduka Hariyanti telah berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada setiap wakil jabatan yang telah mengambil bahagian di dalam PROGRAM PUSPANITA BERTADARUS 1443H. PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah diwakili oleh Penolong Setiausaha, Cik Nur Afiqah Aqilah binti Damsek.

Semoga aktiviti yang bermanfaat ini dapat menghidupkan serta menyemarakkan bulan Ramadan yang mulia.

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120


#covid19
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb