Wednesday 20 April 2022

PROGRAM BUBUR LAMBUK ANJURAN BERSAMA PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU, PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU SERTA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU

 TARIKH : 20/04/2021 (RABU)

Semangat Keluarga Malaysia jelas kelihatan apabila PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu bersama-sama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini .

Seawal pagi, persiapan rapi telah dilakukan dan diketuai oleh Encik Mustarullah bin Othman, kakitangan di Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu. Beliau merupakan seorang tukang masak yang berpengalaman luas menyediakan juadah di masjid sepanjang bulan Ramadan. Beliau turut dibantu oleh kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan para AJK dan ahli-ahli Puspanita Bandar Baharu yang turut bersama-sama menyumbangkan tenaga bagi menjayakan program ini.

Program ini turut disertai oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Rohaizad bin Rashid, SDK., AMK., BCK., Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Sakinah binti Mustafa, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Cik Siti Nur Atikah binti Moktar serta seluruh AJK dan Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu

Turut hadir bersama ialah Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) , Encik Rahmat Asyraf bin Dato' Haji Bukhari, para Penghulu Mukim serta seluruh warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.

Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah meluangkan masa untuk mengagihkan sendiri bubur lambuk yang disediakan untuk diedarkan kepada jabatan-jabatan di sekitar Serdang, Bandar Baharu termasuklah Ibu Pejabat Polis Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah, Balai Bomba Serdang, Pejabat Kebajikan Masyarakat, Pejabat Belia dan Sukan, RELA, Pejabat Zakat, Pejabat Agama, AADK dan APM Bandar Baharu.

Selain itu, bubur lambuk berkenaan juga diagihkan kepada semua warga kerja PDTBB dan MDBB yang telah menyumbang masa dan tenaga dalam menjayakan program pada hari ini.

Semoga program sebegini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim serta semangat kerja berpasukan sesama para warga pelbagai jabatan yang terlibat.

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/
 

#covid19
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb