Tuesday 19 April 2022

PROGRAM TADARUS AL-QURAN 2022

20 APRIL 2022 (RABU)
BILIK JAWATANKUASA PDTBB

Meraikan kedatangan bulan Ramadan dengan peristiwa Nuzul AlQuran, Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Program PUSPANITA BERTADARUS 1443H.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu juga telah mengambil bahagian untuk bertadarus mengikut juzuk yang ditetapkan.

Antara ahli yang turut serta ialah Pengerusi Puan Sakinah binti Mustafa, Timbalan Pengerusi Cik Siti Nur Atikah binti Moktar serta Penolong Setiausaha Cik Nur Aqilah Afiqah binti Damsek, Setiausaha Biro Kebajikan, Puan Maria binti Arop, dan AJK Puan Nurul Haniza binti Abdul Ghani.

Semoga program kerohanian seperti ini bukan sahaja menghidupkan amalan sunnah di bulan puasa, ianya juga dapat mengeratkan ukhwah sesama ahli yang terlibat.

PUSPANITA BB juga berharap agar program ini dapat diteruskan di masa akan datang.

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb