๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ / ๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐ฉ๐ญ๐๐ฆ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ (๐๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ)
Festival Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 1446H /2024M melibatkan kontinjen-kontinjen perarakan yang terdiri daripada jabatan-jabatan kerajaan, wakil-wakil masjid dan badan NGO dalam Daerah Bandar Baharu telah diadakan bertempat di Masjid Al-Fateh, Serdang, Kedah bermula jam 7.30 pagi. PUSPANITA Daerah Bandar Baharu juga turut menyertai perarakan Festival Maulidur Rasul ini.
Program diteruskan dengan qasidah daripada salah seorang peserta kumpulan Veteran ATM Daerah Bandar Baharu dan acara diteruskan lagi dengan ucapan dan Majlis Perasmian Festival Maulidur Rasul oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor bin Ismail., AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Acara diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan perarakan Festival Maulidur Rasul Peringkat Daerah Bandar Baharu yang dijuarai oleh Masjid Al-Fateh, Serdang, Kedah manakala naib juara dimenangi oleh Masjid Al-Halimi, Bandar Baharu, Kedah dan tempat ketiga oleh kumpulan Veteran ATM Daerah Bandar Baharu, Kedah.
Selain itu, pelbagai acara menarik disediakan sepanjang festival yang berlangsung selama 2 hari ini antaranya ialah walkabout festival, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan nasyid, pertandingan azan, sukaneka, memanah, berkuda, โflying foxโ, โstreet soccerโ, pameran agensi kerajaan, solat subuh berjemaah, tazkirah subuh dan โclean walkโ sekitar Taman Tasik Seri Serdang, Kedah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan, wakil- wakil masjid dan agensi yang terlibat atas anjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
๐ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua