Tuesday 17 September 2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟒











𝟐𝟐 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Kibar Jalur Gemilang dan Kembara Jiwa Merdeka Peringkat Daerah Bandar Baharu pada 22 Ogos 2024. Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi.

Konvoi Kibar Jalur Gemilang Bandar Baharu diketuai oleh YBhg. Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bersama Puan Noor Shuhaida Binti Bideng iaitu Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Turut sama menyertai program konvoi ini dari kalangan Ahli PUSPANITA serta kumpulan bermotosikal dan kenderaan jabatan yang terdiri dari pelbagai agensi/jabatan Daerah, serta orang ramai yang telah hadir memberi sokongan bagi memeriahkan program ini.

Hasrat program ini diadakan adalah untuk menyemarakkan Bulan Sambutan Kebangsaan dan membangkitkan semangat patriotik khususnya masyarakat setempat.

Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menyertai aktiviti ini. Semoga jalinan kerjasama antara pelbagai jabatan ini akan terus kekal erat dalam setiap aktiviti atau program pada masa akan datang.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua