Tuesday 17 September 2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇

 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐁𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐒𝐘𝐔𝐑𝐀 𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇















TARIKH    :  22 Ogos 2024 (Khamis)
MASA       :  9.00 Pagi
TEMPAT   :  Belakang Parkir Motosikal Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu

Sempena meraikan bulan Muharram PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Majlis Kacau Bubur Asyura dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama Ahli PUSPANITA di samping memupuk semangat kerjasama dalam menyiapkan juadah bubur asyura untuk dinikmati bukan sahaja dalam kalangan ahli dan peserta yang hadir, bahkan juga untuk berkongsi nikmat dengan jabatan-jabatan kerajaan di daerah Bandar Baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu atas anjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua