𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐒𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍
26 Ogos 2026 (Rabu)
Biro Pesara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Khatam Al-Quran bertempat di Rumah PUSPANITA.
Majlis yang bersempena sambutan Maulidur Rasul ini turut meraikan ahli pesara yang telah menyempurnakan bacaan 30 juzuk Al-Quran. Ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir memeriahkan majlis.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan lancar dan penuh pengisian. Semoga program ini mendapat keberkatan Allah SWT serta terus mengeratkan ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan ahli PUSPANITA.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

































































