Wednesday 14 June 2023

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐄 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐘 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐈𝐍𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍)

 




















𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐄 𝐒𝐄𝐂𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐘 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 (𝐈𝐍𝐂𝐎𝐑𝐏𝐎𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍)
𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 : 𝟏𝟏 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍)
𝐌𝐀𝐒𝐀 : 𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈
𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 : 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐓𝐁𝐁
Majlis Penyerahan Sumbangan Bakul Kasih Ramadan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama State Secretary Kedah (Incorporation) kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini diadakan pada jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.
Sumbangan barangan ini berupa keperluan harian dalam bentuk makanan kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Cawangan Kecil Daerah yang telah dikenalpasti dan memerlukan sempena bulan Ramadan 1444H / 2023M.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Datin Azlina binti Md Zuki.
Seterusnya, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu diiringi oleh Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Cik Siti Nur Atikah binti Moktar.
Seramai 20 orang penerima telah hadir untuk menerima sumbangan bantuan tersebut pada sesi penyerahan ringkas yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah Bandar Baharu.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi - tinggi ucapan terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan State Secretary Kedah (Incorporation) atas sumbangan Bakul Kasih Ramadan yang diberikan.
Semoga dengan inisiatif murni dan program bermanfaat seumpama ini diharap akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini di samping membuat persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/