𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐊𝐊𝐀𝐈𝐃𝐎 𝐓𝐀𝐑𝐓, 𝐏𝐎𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐋 𝐄𝐆𝐆 𝐓𝐀𝐑𝐓
Tarikh : 11/06/2023 (Ahad)
Jam : 9.00 pagi
Tempat : Kolej Komuniti Bandar Baharu
Kursus Masakan Hokkaido Tart dan Portugal Egg Tart anjuran Kolej Komuniti Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah diadakan dan turut dihadiri oleh Pengerusi Puspanita Daerah Bandar Baharu, Datin Azlina Bt Md Zuki.
Seramai 15 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai kursus ini. Kursus ini adalah di bawah bimbingan Pn Nurul Hidayah bt Tajudin dan urusetia kursus, Pn Suraya bt Ismail @ Shaari dari Kolej Komuniti Bandar Baharu.
Kursus ini dimulai dengan lawatan ke Bengkel Automotif dan taklimat disampaikan oleh En Tilakiswaran A/L Samurgam dan En Azhar bin Aziz dari Kolej Komuniti Bandar Baharu.
Selesai lawatan, peserta memulakan kursus masakan sehingga selesai dan masing-masing membawa pulang hasil masakan yang telah dibuat. Sijil penyertaan disampaikan oleh Timbalan Pengarah, En Mohd Suhaimi bin Ramli dari Kolej Komuniti Bandar Baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Bandar Baharu atas penganjuran kursus masakan ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan kursus ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua