Monday 26 June 2023

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐇𝐈𝐕 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 














𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐇𝐈𝐕 𝐃𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

TARIKH    :  22 JUN 2023 (KHAMIS)
MASA       :  9.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT   :  BILIK CME PEJABAT KESIHATAN DAERAH BANDAR BAHARU, SERDANG, KEDAH

Seminar HIV dan Wanita anjuran Pejabat Kesihatan Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 22 Jun 2023 bertempat di Bilik CME Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Seramai 33 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai seminar ini. Seminar bermula dengan Perasmian oleh Dr Rosnita Binti Mohamad Yusof, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu. Seterusnya Ceramah Kesihatan disampaikan oleh Dr Fadli Zulfaiz Bin Zanudin, Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu. Antara ceramah yang disampaikan iaitu Ceramah Epidemiologi dan Program Eliminisasi, Pengesanan HIV, Tindakan dan Keputusan yang boleh dibuat sekiranya pasangan dijangkiti HIV, Pendaftaran awal sekiranya mengandung, Pilihan untuk Bersalin dan Saringan HIV. Turut diadakan Kaunter Saringan HIV dan Hepatitis C sepanjang program berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada unit HIV/AIDS dan STI, Pejabat Kesihatan Bandar Baharu atas penganjuran seminar ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan seminar ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua