Monday 26 June 2023

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 : 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌/𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 













𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑 : 𝐉𝐎𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌/𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

TARIKH     :  24 JUN 2023 (SABTU)
MASA        :  9.00 PAGI
TEMPAT    :  TAMAN REKREASI BATU HAMPAR, AYER PUTIH, SERDANG, KEDAH

Program Gerak Rahmah Tahun 2023 Jom Bersih Dan Indah Daerah Kulim/Bandar Baharu anjuran Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kulim/Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan pelbagai Jabatan dan Agensi telah diadakan pada 24 Jun 2023 bertempat di Taman Rekreasi Batu Hampar, Ayer Putih,Serdang, Kedah.

Program bermula dengan perasmian oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Elmi Bin Yusoff Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Yang Berbahagia Datin Azlina Binti Md Zuki Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi III PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Seramai 20 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu terlibat menyertai program gotong-royong ini.

Program Gerak Rahmah Tahun 2023 Jom Bersih dan Indah ini diadakan bertujuan untuk memupuk sikap suka menjaga kebersihan dan cakna kepada alam sekitar. Selain itu, dapat menyemarak dan memperkukuhkan semangat gotong-royong dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah Kulim/Bandar Baharu atas penganjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua