Tuesday 8 October 2024

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒


𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒



































𝟐𝟗 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐀𝐡𝐚𝐝)

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 29 September 2024 bertempat di sekitar Pekan Serdang, Serdang, Kedah dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK.

Antara tetamu yang menghadiri sambutan tersebut ialah YB Roslan Bin Hashim, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB.Ts.Dr.Mohd Suffian Bin Yusoff Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, serta Ketua-ketua jabatan daerah Bandar Baharu dan orang ramai.

Majlis diteruskan dengan gimik penyerahan Bendera Malaysia oleh Pasukan Paramotor kepada Yang  Berbahagia Tuan Pegawai Daerah serta disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Negeri Kedah.

Acara dimulakan dengan persembahan daripada Pancagaram Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma yang dibawakan khas daripada Alor Setar, Kedah bagi menyerikan lagi sambutan pada kali ini. Disusuli Persembahan Joget Malaysia oleh SK Lubok Buntar, Persembahan Tarian Cina oleh SJKC Kwang Hwa Sg Kechil Ilir dan Persembahan Tarian India oleh SJKT Ganesar.

Seterusnya majlis diteruskan dengan Perarakan membawa Bendera Malaysia , Perbarisan dan Perarakan daripada  Kontinjen-kontijen yang bertanding di bawah kategori Jabatan Kerajaan Beruniform/ Tidak beruniform, Persatuan/MKK/Pertubuhan/NGO, Sek.Men Beruniform, Sek.Ren Dan Tadika yang bertemakan kemerdekaan.

Majlis perarakan diteruskan dengan Perarakan Motosikal, Perarakan dari Aset Jabatan/Agensi, Persembahan Kesenian dan Kebudayaan, Perarakan Kelab Kereta Saga/Kancil/Wira, serta Persembahan di ruang udara.

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia Daerah Bandar Baharu Tahun 2024 pada tahun ini lebih meriah dengan adanya kelainan iaitu Perarakan Gajah yang diberi nama Pian dan Rambai bersama Jabatan Perhilitan serta Perarakan Kuda oleh Team EQ Services. Kemudian majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada Persatuan Silat Gayong Malaysia dan persembahan Sajak dan Syair oleh Puan Nurul Haniza Binti Abd Ghani ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Selain aktiviti yang diadakan di hadapan pentas utama terdapat juga Pameran Senjata dan Kenderaan daripada ATM bertempat di Bangunan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Majlis berakhir dengan sesi penyampaian hadiah bagi semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam majlis perarakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua Jabatan Dan Agensi yang terlibat dalam menjayakan Majlis sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2024.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua