Tuesday 15 October 2024

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ’

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‡π€π‘πˆ π’π”πŠπ€π 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ’














Tarikh    :  11,12 dan 13 Oktober 2024
Masa     :   7.30 pagi
Tempat :  Kompleks Sukan Komuniti,  Serdang, Kedah

Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2024 telah diadakan pada 11, 12 dan 13 Oktober 2024. Program ini telah dirasmikan Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran &Kewangan) pada 12 Oktober di Kompleks Sukan Komuniti, Serdang, Kedah. Antara tetamu yang menghadiri sambutan tersebut YB.Ts.Dr.Mohd Suffian Bin Yusoff Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, serta Ketua-ketua jabatan daerah Bandar Baharu dan orang ramai.

Pelbagai acara sukan telah dilakukan sepanjang 3 hari berlangsungnya program ini. Aantaranya Plogging Jalan Ria Madani, Mari Mencuba Menunggang Kuda dan Memanah, Pertandingan Futsal Bawah 12 Tahun, Pertandingan Sepak Raga Tuju, Pertandingan Futsal, Larian Untuk Negara (5KM), Pertandingan Bowling HSN, Sukaneka Kanak-Kanak, Senamrobik HSN dan Pertandingan Badminton Terbuka HSN.

Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk dan agensi-agensi kerajaan/swasta sekita Daerah Bandar Baharu khususnya penglibatan keseluruhan untuk kesemua acara sukan bagi program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan terima kasih ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua