Tuesday 8 October 2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐍𝐀𝐅  𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
























𝟎𝟐 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐚𝐛𝐮)

Program Penyampaian Wakalah Zakat Tahun 2024 telah diadakan di The Event Hall, Serdang, Kedah. Program jalinan kerjasama di antara Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini, seramai 10 orang asnaf yang layak telah dipilih untuk menerima agihan wakalah zakat kali ini.

YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, AMK., Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, telah berbesar hati untuk turun padang bagi menyampaikan sendiri sumbangan kepada asnaf yang terpilih.

Majlis di mulakan dengan kunjungan ke rumah penerima Wakalah Zakat iaitu Noor Baizura binti Hassan yang terletak di Batu 19, Air Putih Serdang dan YBhg. Timbalan Pengerusi telah menyampaikan sumbangan kepada beliau.

Seterusnya, Majlis Wakalah Zakat diteruskan di The Event Hall, Serdang. Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng serta disusuli dengan ucapan dari Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Turut sama hadir adalah Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Kecil Daerah Bandar Baharu, Encik Mohd Noor bin Ismail, AMK., BCK., Ahli-ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu, para AJK dan warga PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandaru serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Sumbangan Wakalah Zakat Tahun 2024 Kepada Golongan Asnaf oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Peringkat Daerah Bandar Baharu ini.

Semoga sumbangan dan program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan asnaf di Daerah Bandar Baharu sekaligus mengeratkan lagi hubungan antara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta masyarakat Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua