Tuesday 15 October 2024

π‹π€πƒπˆπ„π’ ππˆπ†π‡π“ ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ πŠπ„πƒπ€π‡ πŸπŸŽπŸπŸ’ : πŒπ„π‹π€π˜π” πŠπ‹π€π’πˆπŠ

π‹π€πƒπˆπ„π’ ππˆπ†π‡π“ ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ πŠπ„πƒπ€π‡ πŸπŸŽπŸπŸ’ : πŒπ„π‹π€π˜π” πŠπ‹π€π’πˆπŠ






















Tarikh   : 12 Oktober 2024  (Sabtu)
Masa    : 8.00 Malam
Tempat : Frazel Expo and Convention Hall, Alor Setar, Kedah

Seramai 20 orang ahli  PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghadiri Majlis Penutupan Sambutan 40 Tahun PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dalam majlis makan malam ‘Ladies Night PUSPANITA Kedah 2024’ yang bertemakan Melayu Klasik, bertempat di Frazel Expo and Convention Hall, Alor Setar anjuran PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK., Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah bersama Ahli-ahli Jawatankuasa PUSPANITA dan ahli-ahli PUSPANITA dari seluruh daerah dan jabatan di Negeri Kedah.

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah berjaya memenangi Anugerah PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Cemerlang dan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,00.00 beserta hadiah iringan.

Majlis berlangsung dengan cukup meriah di mana pelbagai persembahan disajikan seperti persembahan pembukaan oleh Badan Kesenian Negeri Kedah, PUSPANITA Kedah Talentime (Kategori Nyanyian dan Tarian), penganugerahan ‘Queen of The Night’, Anugerah Kecemerlangan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan juga cabutan bertuah.

Para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan dendangan nyanyian beberapa buah lagu dari artis jemputan iaitu Haziq Rosebi. Majlis diakhiri dengan Persembahan oleh Kedah Tourism bagi mempromosi ‘Tahun Melawat Kedah 2025 – Experience Kedah’ dengan lagu ‘Cuti-Cuti Kedah’.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu mengucapkan sekalung tahniah kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah kerana telah berjaya menganjurkan Ladies Night PUSPANITA Kedah 2024. Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin ini berkekalan selama-lamanya.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua