Thursday, 1 May 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔










𝟐𝟔 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮)

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Program Ziarah Kasih bagi menyantuni dan menziarahi Puan Raihana Humaira Binti Mohamad Ghaus iaitu ibu kepada adik Aftab Gabriel Raees bin Suhairy yg mengidap masalah jantung, microdia type 2 dan masalah pendengaran.

Justeru itu, atas dasar prihatin dan peka kepada keperluan ahli yang memerlukan, pihak PUSPANITA Negeri Kedah telah menyalurkan sumbangan wang tunai dan PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menyalurkan sumbangan keperluan lampin pakai buang dan susu formula.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Turut serta dalam Program Ziarah Kasih ini ialah Puan Nurul Haniza Binti Abdul Ghani, Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah binti Damsek PenolOng Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Puan Azida binti Ishak AJK PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh pesakit berkenaan dan seterusnya memberi semangat dan kekuatan kepada beliau dan keluarga dalam menempuh ujian ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Tuesday, 29 April 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 & 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔


𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 & 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔















Tarikh   : 17 April 2025 (Rabu)
Masa     : 12.00 Tengah hari - 3.00 Petang
Tempat : Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 17 April 2026 bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.

Majlis jamuan dihadiri oleh  Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, penghulu-Penghulu Mukim serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Bandar Baharu, kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ahli Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Turut menghadiri Majlis Jamuan ini Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-Wakil Ketua Jabatan, Exco Negeri Kedah, serta seluruh Jabatan Daerah Bandar baharu.

Majlis jamuan berjaya diadakan dengan jayanya. Semoga ikatan ukhuwah antara ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini terus utuh.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Monday, 14 April 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐃'𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐌𝐔𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐃'𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈







10 April 2025 (Khamis)

Seramai 5 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir menyerikan lagi Majlis Semarak Muhibah D'Aidilfitri Tahun 2025/1446H yang diadakan di SK Jalan Selama, Kedah.

Pelbagai juadah raya disediakan untuk para jemputan dan juga pelbagai aktiviti turut diadakan pada majlis tersebut. Antaranya nyanyian lagu hari raya dan persembahan tarian hari raya dari kalangan murid-murid dan guru sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada SK Jalan Selama diatas jemputan ke Majlis Semarak Muhibbah Tahun 2025/1446H.
Semoga silaturahim ini dapat dikekalkan dan terus kekal erat dalam setiap aktiviti atau program pada masa akan datang.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua






𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇













10 April 2025 (Khamis)


YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Tahun 2025/1446H bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, hari ini.


Majlis ini turut dianjurkan secara bersama dengan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Turut hadir ke majlis adalah YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Wira Hajah Mahfuzah binti Mat Desa, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, YBhg. Datin Paduka Dato’ Hajah Azuyah binti Hassan, Pengerusi PUSPANITA Pejabat KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Puan Khazlin binti Md Saad, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, Pengerusi-Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah dan PUSPANITA Jabatan, barisan jawatankuasa Biro Kebajikan dan Ahli Jawatankuasa Biasa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. 


Seramai 3 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir menyerikan lagi majlis ini. Terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Negeri Kedah diatas jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YB Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Tahun 2025/1446H.


"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"


Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:

https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1


💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120


#PUSPANITABandarBaharu

#PUSPANITA40Tahun

#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇✨✨

 𝟑𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧)

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇✨✨


𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒊𝒕 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑨𝒘𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝑳𝒂𝒖𝒕 𝑲𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒃𝒊𝒓𝒖𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒊𝒏𝒔𝒂𝒇𝒂𝒏,
𝑰𝒏𝒅𝒂𝒉𝒏𝒚𝒂 𝑺𝒚𝒂𝒘𝒂𝒍 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝑲𝒆𝒎𝒂𝒂𝒇𝒂𝒏.

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢
𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 & 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Wednesday, 26 March 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌/𝟏𝟒𝟒

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇




















































Tarikh   : 25 Mac 2025 (Selasa)
Masa     : 2.45 petang
Tempat : Bilik Gerakan PDTBB, Serdang, Kedah

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia, PUSPANITA Daerah Bandar Baharu  telah mengadakan Program Tadarus AlQuran dan Majlis Khatam AlQuran yang telah diadakan pada 25 Mac 2025 bertempat di Bilik Gerakan PDTBB, Serdang, Kedah.

Seramai 60 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu terlibat menyertai program khatam AlQuran sempena Ramadhan 1446H ini.

TAHNIAH kepada semua peserta yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua