PROGRAM ISRA DAN MIKRAJ ANJURAN BIRO AGAMA KEROHANIAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH
16 Mac 2021 (Selasa)
Bersempena dengan Sambutan Isra dan Mikraj pada 11 Mac 2021 bersamaan 27 Rejab 1442H, Biro Agama Kerohanian Puspanita Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan ceramah bertajuk “SEBUAH PERJALANAN AGUNG” yang bertempat di Anjung Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Datin Paduka Hariyanti binti Amit, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Majlis Tertinggi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Jawatankuasa Tertinggi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Jawatankuasa Kerja PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah serta wakil PUSPANITA Daerah.
Sesi ceramah disampaikan oleh YBhg. Tuan Syeikh Mohd Rasydan bin A. Rahman, Penolong Pegawai Agama Daerah Sik dan Moderator oleh Ustaz Mat Isa bin Abdul Rahman.