Monday 8 March 2021

PROGRAM SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1442H / 2021 PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU

 

Majlis dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bersama para tetamu kehormat iaitu YBhg. Datuk Muhar Bin Hussain (Penasihat Kelab Sukan & Rekreasi Serdang), YBhg. Tuan Sheikh Wan Addas Bin Wan Abd. Hamid (Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu) dan Yang Berbahagia Ustaz Rohaizat Bin Ja'afar (Ketua Whip, Ahli Majlis MDBB) serta tetamu jemputan seramai 200 orang bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah, termasuk seramai 22 orang Ahli-ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
 
Program dimulakan dengan Bacaan Ayat Suci Al-Quran Surah Al-Isra (ayat 1 hingga 10) oleh Encik Alif Bin Ismail, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) / Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu.
 
Penceramah jemputan untuk program pada hari ini iaitu Ustaz Jafri Bin Abu Bakar (Mudir Kompleks Islam Darul Faizin, Lubuk Buntar, Bandar Baharu, Kedah) diiringi oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan para tetamu kehormat turut mengambil kesempatan mengunjungi pameran yang diadakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu dan seterusnya menyampaikan ceramah yang bertajuk " Rasulullah S.A.W. Tauladan Terhebat ". Ceramah yang berlangsung selama dua jam diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan.
 
Selain itu, Ahli-ahli PUSPANITA yang hadir dan diketuai oleh Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut mengambil peluang menyertai sesi bergambar dan sesi rakaman ucapan Selamat Hari Wanita 2021 bersama penceramah jemputan.
 
Turut hadir bersama di dalam program ini ialah Ahli-Ahli Majlis MDBB, Ketua / Wakil Jabatan-jabatan di Daerah Bandar Baharu, wakil dari parti-parti politik, PUSPANITA Daerah Bandar Baharu,PERKEP Daerah Bandar Baharu, para Imam dan Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid-masjid Daerah Bandar Baharu, Ketua-ketua Bahagian / Unit MDBB, Penghulu -Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu serta Warga Kerja Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Tanah & Daerah Bandar Baharu.
 
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program yang diadakan secara LIVE di Facebook MDBB pada hari ini dari Dewan Seri Serdang, Serdang, Bandar Baharu, Kedah.
 
#Covid19
 
#staysafe
 
#kitajagakita
 
#normabaharu
 
#kitamestimenang
 
#lindungidirilindungisemua
 
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
 
#PuspanitaBB