Wednesday 31 March 2021

PERTANDINGAN PERSAHABATAN BADMINTON SEMPENA HARI POLIS KE-214 ANTARA MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU DAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH BANDAR BAHARU

Pertandingan Persahabatan Badminton Sempena Hari Polis Ke-214 antara Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu.
 
Majlis dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah Darul Aman.

Pertandingan Persahabatan pada kali ini berkonsepkan pertandingan dengan pungutan mata secara berpasukan.

Terdapat 2 kategori yang  dipertandingkan iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Wanita dari Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu.

Bagi Kategori Lelaki, sebanyak 6 regu dari Pasukan MDBB yang terdiri dari Tuan Yang Dipertua, Tuan Setiausaha, Ahli-ahli Majlis Daerah Bandar Baharu dan warga kerja MDBB melibatkan 12 orang pemain berentap menentang 6 regu dari Pasukan IPD BB.
Tuan Yang Dipertua MDBB yang berpasangan dengan Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan & Korporat MDBB telah berjaya menyumbang salah satu mata kemenangan regu pasukan MDBB.

Manakala bagi Kategori Wanita, 3 regu dari MDBB menentang 3 regu dari IPD Bandar Baharu melibatkan 6 orang pemain dari setiap pasukan. Ketiga-tiga regu wanita pasukan MDBB berjaya menyapu bersih tiga mata dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut.

Johan keseluruhan Pertandingan Persahabatan Badminton  Sempena Hari Polis Ke-214 dimenangi oleh Pasukan MDBB dengan kemenangan mata 5-4.

Program pertandingan ini telah diakhiri dengan acara penyampaian pingat dan sijil penyertaan secara bersama oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ketua Polis Daerah Bandar Baharu kepada Johan dan Naib Johan Pertandingan, Ketua Jurulatih Pasukan MDBB, para pengadil dan para penjaga garisan yang terlibat.

Turut hadir ialah Tuan  DSP Mohd Akmal Hizam Bin Haji Abd Khupur (Ketua Polis Daerah Bandar Baharu), Tuan Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB , YBhg. Datuk Hj. Muhar Bin Hussain (Penasihat Kelab Sukan & Rekreasi Serdang) dan ASP Roslan Bin Mat (Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, IPD Bandar Baharu).

Selain itu, PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang diwakili oleh 4 orang ahli turut serta dalam menyumbang tenaga sebagai Urusetia Hadiah bagi program ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan bertungkus lumus terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program yang telah diadakan ini.

Tahniah kepada semua para peserta pertandingan atas komitmen padu serta semangat kesukanan dan berpasukan yang tinggi dan mantap.

Selamat Hari Polis Ke 214.
Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada

#covid19

#staysafe

#kitajagakita

#kitamestimenang

#lindungdirilindungsemua

#kedahsejahteranikmatuntuksemua