Wednesday 17 March 2021

MAJLIS PENGURNIAAN DAN SUMBANGAN PERSEKOLAHAN OLEH YAYASAN SULTANAH HAMINAH BAGI SESI TAHUN 2021 DAERAH BANDAR BAHARU

Merafak Sembah Menjunjung Kasih dan Setinggi-Tinggi Penghargaan Sempena Keberangkatan Yang Maha Mulia Che Puan Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Hajah Haminah binti Haji Hamidun Ke Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah.
 
Seramai 18 orang pelajar dari enam mukim di Daerah Bandar Baharu telah menerima sumbangan persekolahan berupa pakaian seragam sekolah, alat kelengkapan persekolahan dan wang tunai daripada Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi Tahun 2021.
 
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu amat berbesar hati dan berbangga serta mengalu-alukan Keberangkatan Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah yang berangkat hadir dalam Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Persekolahan tersebut di Bilik Gerakan, Majlis Daerah Bandar Baharu. 
 
Keberangkatan tiba Yang Maha Mulia Che Puan Besar telah disambut mesra oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu yang juga Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, pegawai-pegawai dan warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, para Penghulu Mukim serta Ahli-Ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
 
Hadir sama Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Ahli Lembaga Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah iaitu YBhg. Dato' Rosli bin Awang, Pengurus Wisma Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah, Tuan Haji Rosli bin Zainal, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Bandar Baharu, Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu Sheikh Wan Adas bin Wan Abdul Hamid, dan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu Puan Amila binti Ahmad.
Semoga Majlis Pengurniaan dan Sumbangan ini dapat meringankan beban para waris dan keluarga para pelajar / murid penerima.
 
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat bagi memastikan kelancaran majlis pada hari ini.