Sunday 11 April 2021

PROGRAM PENYAMPAIAN SUMBANGAN KASIH FOOD PACK PUSPANITA NEGERI KEDAH DENGAN KERJASAMA STATE SECRETARY KEDAH (INCORPORATION), PELITAWANIS TNB ALOR SETAR DAN SUMBANGAN KURNIAAN DARIPADA KELUARGA DIRAJA SULTAN NEGERI KEDAH

11 APRIL 2021 Bersamaan 29 SYA'ABAN 1442H

Seramai 20 orang daripada golongan ibu tunggal di daerah Bandar Baharu telah menerima sumbangan kasih 'Food Pack'   yang telah diberikan oleh Puspanita Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama State Secretary, Kedah (INCORPORATION) dan Pelitawanis TNB Alor Setar  hari ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bersama dengan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Cik Siti Atikah binti Muktar, Setiausaha Puan Siti Halwani binti Abd Halim dan Ketua Biro Kebajikan Puan Hazlina binti Baharum.

Majlis pada hari ini juga turut meraikan dan menyampaikan sumbangan Kurniaan Keluarga Diraja Sultan Kedah sempena menyambut bulan Ramadan kepada 20 orang penerima terdiri daripada golongan yang memerlukan.

PUSPANITA Cawangan Daerah Bandar Baharu juga turut memberi sumbangan telur masin kepada setiap penerima bantuan yang hadir.  Semoga sumbangan kecil ini dapat membantu para penerima dan keluarga dalam menyiapkan persediaan bagi menyambut Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.