Tuesday 27 April 2021

PROGRAM PUSPANITA BERTADARUS 1442H

27 APRIL 2021 (SELASA)
15 RAMADAN 1442H


Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini, Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Program PUSPANITA BERTADARUS 1442H. Program ini telah dibuat serentak di setiap cawangan kecil daerah mengikut pembahagian juz yang telah ditetapkan oleh Biro Agama.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu juga mengambil bahagian untuk bertadarus dengan membaca Juzuk 17 seperti yang telah ditetapkan. Program ini bermula jam 10.30pagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah Bandar Baharu.

Antara ahli yang mengambil bahagian adalah Timbalan Pengerusi, Cik Siti Atikah binti Muktar, Setiausaha Puan Siti Halwani binti Abd Halim, Pengerusi Biro Agama dan Kerohanian Puan Norhayati binti Masjuri, AJK PUSPANITA Puan Nurul Haniza Abdul Ghani dan Puan Shahirah binti Salim.

Semoga dengan penglibatan dalam program berbentuk kerohanian seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan ikatan ukhwah sesama ahli yang terlibat, bahkan  ianya juga diharap dapat menambahkan lagi ketakwaan kita semua kepada Allah s.w.t.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut mendoakan agar setiap ahli PUSPANITA di seluruh negara amnya agar diberikan kesihatan dan kekuatan dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini.


#covid19
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua