Thursday 22 April 2021

PROGRAM IFTAR DAN PENYAMPAIAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA MENAMATKAN HAFALAN 30 JUZUK AL-QURAN DI DEWAN NOR MUHAMMAD KIDAF ANJURAN KOMPLEKS ISLAM DARUL FAIZIN BUKIT APING, LUBUK BUNTAR, KEDAH.

21 APRIL 2021 (RABU)


Majlis dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bersama para tetamu kehormat iaitu YB. Dato' Norsabrina binti Mohamad Nor (ADUN Bandar Baharu), YBhg. En. Shafiq bin Farik (Pegawai Lembaga Zakat Daerah Bandar Baharu), YBhg. Ustaz Rohaizat Bin Ja'afar (Ketua Whip, Ahli Majlis MDBB), Ahli-ahli Majlis MDBB, para waris dan tetamu jemputan  bertempat di Kompleks Islam Darul Faizin Bukit Aping, Lubuk Buntar, Kedah.

Penceramah jemputan bagi program tersebut iaitu YBhg. Ustaz Shafii Yusof Gani  diiringi oleh YBhg. Ustaz Haji Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi (Mudir KIDAF) dan seterusnya menyampaikan Tazkirah Ramadan selama 30 minit kepada para hadirin.

Program berikutnya diteruskan lagi dengan ucapan dari Ustaz Haji Jafri bin Abu Bakar (Mudir KIDAF) serta YB. Dato' Norsabrina binti Mohamad Nor (ADUN Bandar Baharu) dan seterusnya sesi penyampaian Plak Penghargaan kepada Semua 17 orang Pelajar Tahfiz yang telah berjaya menamatkan hafalan 30 Juzuk Al-Quran.

Para hadirin kemudiannya menikmati alunan persembahan qasidah sementara menanti masuk waktu berbuka.

Setelah selesai menunaikan Solat Maghrib berjemaah, para  tetamu jemputan dan hadirin kemudiannya menikmati jamuan iftar dengan mematuhi SOP dan Amalan Norma Baharu yang ditetapkan.

Turut hadir bersama meraikan dan memeriahkan program ini ialah Ahli-Ahli Majlis MDBB, Ketua Bahagian MDBB, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, serta Warga Kerja Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan  terima kasih kepada Ustaz Haji Jafri bin Abu Bakar Mahmoodi, Mudir Kompleks Islam Darul Faizin (KIDAF) kerana sudi menjemput Tuan Pegawai Daerah / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ke majlis yang penuh bermakna dan bersejarah ini.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu berharap dan mendoakan agar para pelajar yang telah berjaya menamatkan hafalan 30 Juzuk Al Quran pada majlis ini akan terus melakar kejayaan berterusan pada masa hadapan di samping membantu menyumbang untuk masyarakat, negeri dan negara.