Monday 13 December 2021

CERAMAH BIDADARI BE EXTRAORDINARY (MUSUH KELUARGA DAN TRIPLE T) ANJURAN PUSPANITA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI KEDAH

TARIKH   : 13 DISEMBER 2021 (ISNIN)
TEMPAT  : MASJID ZAHIR, KEDAH DARUL AMAN
MASA     : 9.00PAGI - 11.30PAGI
 
DISAMPAIKAN OLEH PROF MADYA DR SHARIFAH HAYAATI BINTI SYED ISMAIL

Program Ceramah Bidadari : Be Extraordinary (Musuh Kelurga dan TRIPLE-T) merupakan anjuran PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah adalah julung kalinya diadakan secara bersemuka dan juga disiarkan secara langsung menerusi Facebook.

Program ini telah diacarakan oleh Puan Nurul Azhani, Ketua Penolong Pengarah Tanah dan Galian (Pembangunan) dan ianya turut dihadiri oleh Datin Paduka Hariyanti binti Amit, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Datin Noor Afza binti Osman serta Pengerusi-Pengerusi Daerah Cawangan yang lain, dan ahli-ahli PUSPANITA dari seluruh negeri Kedah.

Penceramah yang tidak asing lagi dijemput adalah Prof Madya Dr Sharifah Hayaati binti Syed Ismail merupakan penulis buku yang menjadi tajuk pada hari tersebut. Melalui kupasan beliau, telah menekankan bahawa bagaimana seorang wanita yang menjadi seorang ibu menerima amanah tersebut dengan penuh rasa kasih sayang dan tanggungjawab. Untuk menjadi sebagai seorang wanita adalah melalui kekuatan doa seorang ibu.

Antara 4 musuh keluarga yang menjadi penghalang kepada kebahagiaan rumahtangga yang perlu dijauhi ialah:
1) dunia yang melekakan
2) syaitan yg menyesatkan
3) nafsu yang menguasai diri
4) kawan yg mengajak kepada keburukan

Beliau juga menyampaikan pesanan bahawa orang yg baik bukannya sentiasa berbuat amal ibadat, tetapi org yg tidak mengenepikan keluarganya. Peringatan ini adalah bermaksud sebagai seorang mukmin yang sejati tidak akan sesekali mengabaikan ahli keluarganya yang terdekat.

Antara TRIPLE-T yang perlu diamalkan di dalam setiap rumahtangga adalah:
1) tanamkan cintakan Allah dan RasulNya (sebut nama Allah sentiasa)
2) tunjukkan contoh teladan (lead by example)
3) tinggalkan maksiat

Melalui ceramah yang disampaikan ini semoga dapat memberi panduan dan manfaat kepada semua yang mengikutinya di Masjid Zahir mahupun secara
maya.

Setinggi - tinggi tahniah dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada PUSPANITA Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah atas penganjuran program yang amat bermakna pada hari ini.

Semoga penganjuran pelbagai program dan aktiviti yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#puspanitabb