Tuesday 7 December 2021

MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA PELANCARAN NASKHAH YASSIN PUSPANITA SECARA MAYA (ONLINE) ANJURAN BIRO AGAMA DAN KEROHANIAN PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH

 TARIKH :07 DISEMBER 2021 (SELASA)
JAM :10.30PAGI


Program Majlis Bacaan Yassin ini telah diadakan secara maya dan telah disertai oleh para ahli PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman.

Majlis yang berlangsung dari Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah secara dalam talian telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Hariyanti binti Amit, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman dan disusuli dengan acara memotong riben sebagai simbolik pelancaran majlis ini.

Setelah selesai acara perasmian tersebut, ianya diteruskan dengan Majlis Bacaan Yassin yang diketuai oleh Ustazah Khairiah binti Harun, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Undang-undang Keluarga Islam, JHEAIK. Setelah selesai bacaan Yasin tersebut, majlis kemudian diakhiri dengan bacaan doa.

Seramai 20 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai program ini secara maya di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.

Setinggi - tinggi tahniah dan sekalung penghargaan diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini dan setinggi - tinggi terima kasih kepada para peserta dari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang turut sama - sama menyertai dan memeriahkan program ini.

Semoga usaha murni ini diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t. dan diberikan ganjaran pahala kepada semua yang terlibat dalam.menjayakan majlis ini.

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https//puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#patuhisop
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua