Saturday 18 December 2021

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN TAHLIL SECARA MAYA UNTUK ALLAHYARHAMAH ISTERI KEPADA ENCIK SHAMSUL ANUAR BIN MOHD HANAFIAH (KAKITANGAN MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU)

 17 DISEMBER 2021 (JUMAAT)

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil ini diadakan secara maya untuk Allahyarhamah isteri kepada Encik Shamsul Anuar bin Mohd Hanafiah yang telah kembali ke rahmatullah  pada petang tadi akibat kemalangan jalan raya di Grik, Perak.

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil ini diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet pada jam 8.45 malam. Bacaan Yassin dan Tahlil ini dipimpin oleh Encik Zul Aiman bin Md Salleh, Ketua Unit OSC MDBB.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyertai Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil ini secara dalam talian di kediaman beliau.

Turut serta dalam majlis ini ialah Encik Muhammad Afnan bin Mohd Roze (Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan ) / Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu), Mantan Setiausaha Majlis Daerah Bandar Baharu, Encik Alif bin Ismail dan Encik Shahir bin Salleh, Puan Amila binti Ahmad (Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Ahli-Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, warga kerja Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu, Penghulu-Penghulu Mukim, para warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.

Semoga Allah s.w.t menerima semua amalan Allahyarhamah dan mengangkat darjatnya di sisi Allah s.w.t. dan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#covid19
#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#lindungdirilindungsemua
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#puspanitabb