Saturday 11 December 2021

PROGRAM DERMA DARAH PERINGKAT DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2021

11 DISEMBER 2021

Program Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2021 ini telah diadakan di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah Darul Aman   bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Program ini merupakan anjuran Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Majlis Daerah Bandar Baharu.

Program ini dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Ali Al-Imran bin Abd Kadir dari Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan seterusnya disusuli dengan ucapan aluan oleh Cik Siti Nur Atikah bt Moktar, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang mewakili Puan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Program kemudiannya diteruskan lagi dengan Ucapan Perasmian Program Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2021 oleh Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK,. BCK,. Pegawai Daerah Bandar Baharu / YDP Majlis Daerah Bandar Baharu selaku Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Bandar Baharu dan merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Sijil-sijil Penghargaan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Unit Transfusi dari Hospital Kulim dan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani serta Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Kedah yang turut membuka Kaunter Semakan Daftar Pemilih.

Program diteruskan lagi dengan sesi Taklimat Derma Darah oleh Dr. Nor Atikah Binti Mohamad, Pegawai Perubatan dari Unit Transfusi Hospital Kulim dan diikuti dengan sesi penyampaian ceramah kesihatan bertajuk "Keluarga Malaysia Sihat" oleh Dr. Faiz bin Ahmad, Pegawai Perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu.

Seramai 15 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut berganding bahu dalam membantu menjayakan program pada hari ni.

Selain itu seramai tiga orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut mengambil peluang menderma darah semasa program ini iaitu Dr Rozaimah binti Abu Talib, Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu merangkap Pengerusi Biro Kesihatan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Azida bt Ishak dan Cik Nur Aqilah Afiqah Binti Damsek.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu / Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK., yang juga Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Bandar Baharu turut mengambil kesempatan menderma darah di samping menyantuni para petugas / urusetia dan penderma darah yang hadir.

Program yang amat bermakna ini telah berjaya mencapai sasaran kutipan iaitu sebanyak 50 beg darah telah berjaya dikumpul.
 
Turut serta dalam membantu menjayakan program ini adalah para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, ahli Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Bandar Baharu, Ahli Majlis, Majlis Daerah Bandar Baharu, para Penghulu Mukim Daerah Bandar Baharu, warga kerja Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu.

Sekalung tahniah dan setinggi penghargaan diucapkan kepada para penganjur dan peserta program,  khususnya Unit Transfusi Hospital Kulim dan Unit Transfusi Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani di atas kejayaan, kelancaran dan sambutan penganjuran program pada hari ini.

Semoga penganjuran program yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan pengorbanan murni yang disumbangkan oleh para penderma darah mendapat rahmat dan keberkatan dari Ilahi demi membantu mereka yang memerlukan.

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https//puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#patuhisop
#staysafe
#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua