Wednesday 22 December 2021

MESYUARAT JAWATANKUASA BIRO-BIRO PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU BIL. 1/2021

19 DISEMBER 2021 (AHAD)

BILIK GERAKAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU

Mesyuarat Jawatankuasa Biro-Biro PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Kali Pertama Tahun 2021 telah diadakan di Bilik Gerakan PDTBB pada jam 3.00 petang dan dipengerusikan oleh Puan Amila Binti Ahmad selaku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Mesyuarat telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Pengerusi dan seterusnya membincangkan mengenai agenda-agenda Mesyuarat pada hari ini.

Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum berhubung Pembentangan Laporan Program dan Aktiviti PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu sepanjang tahun 2021, Pembentangan Laporan Status Kewangan terkini sehingga 19 Disember 2021 dan Senarai Cadangan Program dan Aktiviti Bagi Tahun 2022.

Puan Pengerusi merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada kesemua ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang telah sama menggembleng tenaga dalam menjayakan setiap program dan aktiviti sepanjang tahun 2021.

Beliau turut merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh semua jabatan / agensi kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu khususnya dalam penganjuran pelbagai program dan aktiviti sepanjang tahun 2021.

Beliau juga berharap agar lebih banyak lagi penyertaan serta sokongan daripada semua ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bagi semua program dan aktiviti yang dirancang dan bakal dilaksanakan pada Tahun 2022 nanti.

Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

 

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/