𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐉𝐊 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
Tarikh : 09 Januari 2025 (Khamis)
Masa : 3.30 petang
Tempat : Restoran Thong Ne Thae, Batu
Kawan, Pulau Pinang
Majlis Sanjungan Budi Biro dan Ajk Puspanita Daerah Bandar Baharu ini diadakan di Restoran Thong Ne Thae, Batu Kawan, Pulau Pinang pada jam 3.30 petang.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK. Turut hadir bersama Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi ll PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Tuan Zulfadzrin Bin Noor Din, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran &Kewangan), Puan Nurul Husna binti Mohamad Jamil, Timbalan Pengerusi lll PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah Damsek, Penolong Setiausaha serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata oleh Tuan Mohd Noor dan Puan Noor Shuhaida binti Bideng kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Seterusnya sesi bergambar bersama Ahli Jawatankusa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Puan Pengerusi mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu atas segala sumbangan yang dicurahkan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti sepanjang tahun 2024.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua