Program "Back To School" PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini telah diadakan di Restoran Thong Ne Thae, Batu Kawan, Pulau Pinang pada jam 3.30 petang.
Sumbangan "Back To School" (BTS) Tahun 2025 kepada anak-anak Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu
disampaikan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK. Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu diiringi oleh Puan Siti Nur Atikah Bt Moktar, Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran) merangkap Timbalan Pengerusi I PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Program BTS ini merupakan salah satu inisiatif daripada Puspanita Cawangan Negeri Kedah bagi membantu ahli-ahli PUSPANITA dalam mempersiapkan diri anak-anak menghadapi sesi persekolahan sempena penggal baharu persekolahan.
Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ahli-ahli PUSPANITA khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dalam melengkapkan persiapan anak-anak bagi sesi persekolahan Tahun 2025 seterusnya menyuntik semangat anak-anak untuk ke kembali ke sekolah.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua