Sunday, 23 February 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 - 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 - 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌

























22 Februari 2025 (Sabtu)

PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kulim serta Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga telah mengadakan Program Turun Padang Bersama Kanak-Kanak Berkeperluan Khas bertempat di Dewan Putra, Kulim. Seperti program sebelum ini, penganjuran program turun padang ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli PUSPANITA dan seterusnya menjalin hubungan yang baik dengan masyarakat amnya.

Bagi program kali ini di Daerah Kulim, pelaksanaan program adalah berobjektifkan untuk menyantuni serta memberikan sokongan moral dan motivasi kepada golongan kanak-kanak berkeperluan khas, selaras dengan semangat inklusiviti dan kesejahteraan komuniti.

YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK., Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah hadir menyempurnakan perasmian majlis ini. YBhg. Datin Seri yang diiringi oleh YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kulim turut berkunjung ke gerai-gerai pameran dan jualan yang melibatkan lima (5) buah Pusat Pemulihan  Dalam Komuniti (PDK) dari seluruh daerah Kulim serta Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah.

Terdapat pelbagai pengisian menarik sepanjang program ini berlangsung seperti persembahan kompang oleh murid-murid SK Taman Mutiara Sungai Kob, persembahan kanak-kanak cilik daripada Tadika Alamku dan persembahan angklung oleh murid-murid SK Taman Mutiara, Sungai Kob.  Selain daripada itu, terdapat juga perkongsian bermanfaat mengenai ‘Pengurusan Anak-Anak OKU: Cipta Peluang Komunikasi Anak’ yang disampaikan oleh Puan Norhafillah binti Abdul Rahman, Pegawai Pemulihan Perubatan (pertuturan) kepada semua tetamu yang hadir.

Majlis seterusnya diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini terus memberi inspirasi kepada semua golongan masyarakat untuk terus menyokong golongan yang memerlukan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Daerah Kulim atas anjuran program ini dan terima kasih ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut bersama menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua