Friday, 21 February 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐀𝐋𝐊𝐀𝐁𝐎𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐀𝐃𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐖𝐀𝐋𝐊𝐀𝐁𝐎𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐀𝐃𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓  𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍  𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐍 & 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓






















Tarikh   : 15 Februari 2025 (Sabtu)
Masa     : 07.30 pagi - 4.30 petang
Tempat  : Pasar Pagi Padang Serai & Kolej Tingkatan 6 Kulim, Padang Serai, Kedah

Seramai 10 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Walkabout Perdana & Hari AADK Bersama Masyarakat sempena Sambutan Peringatan & Hari Antidadah Tahun 2025. Program ini bagi menunjukkan komitmen AADK dalam pencegahan dadah melalui kerjasama pelbagai pihak. Dengan tema "Lebih Baik Cegah" dan naratif "Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama" program ini menggalakkan kesedaran serta tindakan kolektif. 

Program ini dirasmikan oleh YB Menteri Dalam Negeri, YBhg. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Turut meriah dengan kehadiran bersama barisan kepimpinan KDN dan Ketua Pengarah AADK serta Pengarah-pengarah negeri di bawah KDN bagi memperkukuh usaha ini, termasuk penyerahan bantuan "Back To School" kepada pelajar sekolah termasuk Sekolah PUSPEN Karangan. Sambutan ini mengingatkan rakyat tentang peranan bersama dalam memerangi dadah demi kesejahteraan negara.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang berlangsungya program ini. Program berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat yang hadir & komuniti setempat yang memeriahkan lagi suasana program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah atas anjuran program ini dan terima kasih ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut bersama menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua