Saturday, 8 February 2025

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓













































































Tarikh   : 05 Februari 2025 (Rabu)
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : The Event Hall (Dewan Seri Tasik), Serdang, Kedah

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Mesyuarat Agung Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Tahun 2025 bertempat di The Event Hall, Serdang, Kedah.

Mesyuarat Agung dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Penghulu Mukim Bagan Samak, Muhammad Fazil bin Ahmad, nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan PUSPANITA disusuli dengan Tayangan Montaj Aktiviti Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Tahun 2024.

Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK., selaku Penasihat Puspanita Daerah Bandar Baharu telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu Tahun 2025. YBhg. Tuan Pegawai Daerah melalui ucapan beliau berharap agar PUSPANITA dapat terus bergerak aktif dan sentiasa memperkukuhkan kerjasama teguh sesama ahli bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang untuk diadakan pada tahun 2025.

Seterusnya majlis diteruskan ucapan aluan oleh Puan Noor Shuhaida binti Bideng, iaitu Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu melalui ucapan aluan beliau berharap agar penglibatan ahli-ahli PUSPANITA ini dapat memberikan impak dan nilai-nilai yang positif kepada semua yang terlibat. Puan Pengerusi menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua AJK, Biro-biro dan semua ahli yang terlibat dalam menjayakan sebanyak 68 program dan aktiviti sepanjang tahun 2024 lalu.

Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan oleh Penolong Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah binti Damsek. Antara perkara yang dibentangkan ialah pembentangan aktiviti sepanjang tahun 2024. Seterusnya pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2024 oleh Bendahari PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Marlia binti Omar. Mesyuarat diteruskan lagi dengan pelantikan AJK dan Biro bagi penggal tahun 2025-2026, dan hal-hal lain yang berkaitan PUSPANITA.

Majlis dimeriahkan lagi dengan cabutan bertuah untuk Ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Turut disediakan Kaunter Saringan Kesihatan pemeriksaan berat badan unggul (BMI), pemeriksaan tekanan darah, ujian paras glucose, ujian HIV dan khidmat nasihat kesihatan dari Klinik Kesihatan Daerah Bandar Baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu atas segala sumbangan yang dicurahkan dalam menjayakan setiap program dan aktiviti sepanjang tahun 2024.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua