𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐈𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐀𝐘𝐀𝐐 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
23 Februari 2025 (Ahad)
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah bekerjasama untuk menyertai Pertandingan Bot Berhias sempena Pesta Ayaq Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2025 yang bermula dari 20 Februari hingga 23 Februari 2025, bertempat di Dataran Bandar Baharu, Kedah.
Penganjuran Pesta Ayaq Bandar Baharu ini merupakan satu platform untuk mempromosikan pelancongan daerah bersempena Tahun Melawat Kedah 2025 dan berperanan penting dalam memajukan ekonomi setempat. Sepanjang pesta ini berlangsung, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti air seperti memancing dan berkayak.
Acara kemuncak pesta ini adalah Pertandingan Bot Berhias yang telah diadakan pada malam terakhir penganjuran program yang melibatkan sebanyak 16 buah bot yang dipertandingkan. PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah tampil dengan bot bertemakan ‘River Mermaid’ dan telah muncul sebagai Johan pertandingan.
Hadiah berupa wang tunai berjumlah RM500.00 dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohd. Noor bin Ismail, Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu kepada YBrs. Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Turut hadir ke majlis ini adalah YB Ts. Dr. Suffian bin Mohd Yusuf, ADUN Bandar Baharu, YB Tuan Roslan bin Hashim, Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, YBrs. Tuan Khairulnizam bin Hashim, Pegawai Daerah Seberang Perai dan YBrs. Tuan Saidi bin Shaari, Pegawai Daerah Kerian serta ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Jutaan tahniah diucapkan kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu atas komitmen dan usaha yang cukup mantap dalam penglibatan Pertandingan Bot Berhias sempena Pesta Ayaq Bandar Baharu ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua