Tuesday, 11 March 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐔𝐋 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔















𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡    : 𝟭𝟬 𝗠𝗮𝗰 𝟐𝟎𝟐𝟱 (𝗜𝘀𝗻𝗶𝗻)
𝐌𝐚𝐬𝐚      : 𝟮.𝟯𝟬 𝐏𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴
𝐓𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭   : 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝐏𝐓𝐁𝐁

Program Penyerahan Sumbangan Bakul Kasih Ramadan Tahun 2025M/1446H PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Sumbangan barangan ini berupa keperluan harian dalam bentuk makanan kepada para ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang telah dikenalpasti dan memerlukan sempena bulan Ramadan 1446H / 2025M.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengerusi I Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Nur Atikah binti Moktar. Seterusnya, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi I PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Puan Siti Nur Atikah binti Moktar.

Seramai 20 orang penerima telah hadir untuk menerima sumbangan bantuan tersebut pada sesi penyerahan ringkas yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah Bandar Baharu, Serdang, Kedah.

Semoga dengan inisiatif murni dan program bermanfaat seumpama ini diharap akan dapat membantu meringankan sedikit bebanan kepada semua keluarga penerima yang memerlukan dalam menunaikan ibadah puasa sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini di samping membuat persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua