ππππππ πππππππ πππππ πππ πππππππ πππππππππππ πππππππππ ππππ ππππ ππππ πππππππππ πππππππ πππππ πππππ πππππ ππππ πππππ ππππ / πππππ πππππππππ ππππππ ππππππ ππππππ
ππ πππ ππππ (ππ‘ππ¦π’π¬)
Majlis Berbuka Puasa dan Program Penyampaian Sumbangan oleh YAB Menteri Besar Kedah Sempena Ramadan 1446H / 2025M Peringkat Daerah Bandar Baharu ini diadakan pada jam 5.00 petang bertempat di Masjid Al-Fateh Bandar Baharu, Kedah Darul Aman.
Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran para penerima sumbangan dan ketibaan dif-dif jemputan. Majlis turut diserikan lagi dengan sesi Tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu, Tuan Sheikh Mohd Fadhil Bin Ab Rahman.
Seterusnya ketibaan YB.Dato Ustazah Hjh. Siti Ashah binti Haji Ghazali DSDK.,AMK. ( Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan, Pembangunan Insan) mewakili YAB Menteri Besar Kedah tiba di Masjid Al-Fateh, Bandar Baharu disambut oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Tuan Muhamad Amin bin Jaafar dan Penolong Pegawai Daerah (Pengurusan Daerah) Tuan Zulfadzrin bin Noor Din.
Penyerahan sumbangan yang berbentuk barangan berserta wang tunai telah disempurnakan oleh Wakil dari YAB Menteri Besar Kedah kepada 150 orang penerima yang terdiri daripada kategori Guru Al-Quran Sukarela, Juru urus jenazah, Bidan kampung, Bomoh patah melibatkan semua mukim di Daerah Bandar Baharu.
Seramai 10orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Semoga sumbangan tersebut menjadi satu rahmat sempena bulan Ramadhan yang penuh barakah di samping membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1446H / 2025 yang bakal tiba tidak lama lagi.
π±Portal : https://webpdt.kedah.gov.my
π»Facebook Page : https://www.facebook.com/pdtbbserdang
#ramadanmubarak
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#KerajaanNegeriKedah
#pdtbbkedahdarulaman
#mesradanberinformasi