Tuesday, 4 March 2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ (ππ„π‘πˆπ’πˆπŠπŽ)

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„π‹π”π€π‘π†π€ (ππ„π‘πˆπ’πˆπŠπŽ)














Tarikh   : 28.02.2025 (Jumaat)
Masa    : 8.30 Pagi
Tempat : The Event Hall , Serdang
               
Seramai 10 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Program Bersama Keluarga (Berisiko) anjuran AADK Daerah Bandar Baharu. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kesedaran tentang masalah penyalahgunaan dadah disamping meningkatkan kemahiran keibubapaan bagi melindungi ahli keluarga dari terlibat dengan tingkahlaku berisiko terutamanya penyalahgunaan dadah.

Selain dari ceramah berkenaan Bahaya Dadah para peserta program turut berpeluang melihat bahan pameran yang disediakan iaitu contoh jenisΒ² dadah dan juga peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta supaya lebih peka jika ada sebarang aktivitiΒ² dan juga tingkahlaku ahli keluarga yang lain yang mencurigakan.

Pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang berlangsungya program ini. Program berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat yang memeriahkan lagi suasana program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
Daerah Bandar Baharu atas anjuran program ini dan terima kasih ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut bersama menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua