23 Mac 2025 (Ahad)
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah melalui Biro Agama dan Kerohanian telah menganjurkan Program Tadarus Al-Quran yang telah berlangsung pada 17 Mac dan 18 Mac 2025 yang lalu dengan penglibatan peserta daripada 30 jabatan dan agensi dari seluruh negeri Kedah.
Majlis Khatam Al-Quran kemudiannya diadakan di Dewan Az-Zahraa, Masjid Zahir, Alor Setar yang melibatkan kehadiran hampir 100 orang ahli PUSPANITA daripada pentadbiran daerah, jabatan - jabatan Negeri Kedah, Pihak Berkuasa Tempatan serta Biro PUSPANITA yang telah berjaya menamatkan bacaan seluruh kitab suci Al-Quran.
YBhg. Datin Hajah Mariah binti Hitam, Ahli Jawatankuasa Biro Pesara Negeri Kedah telah mengetuai Majlis Khatam Al-Quran ini. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Turut hadir, YBhg. Datin Wira Hajah Mahfuzah binti Mat Desa, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Puan Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pengerusi Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, para pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah serta Pengerusi PUSPANITA Jabatan di Negeri Kedah dan ahli Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar 2 orang wakil iaitu Puan Nurul Haniza bt Abdul Ghani dan Puan Nurul Ain Bt Samsudin pada majlis tersebut. Terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas anjuran majlis ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua