𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟒𝟏 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝟎𝟔 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke-41 Tahun 2025 telah berlangsung dengan lancar di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah.
Istimewanya kali ini, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menampilkan Puan Nabilah Bahrin atau lebih dikenali sebagai Kak Nab, pempengaruh media sosial dan usahawan sebagai tetamu khas sebelum mesyuarat dimulakan. Kak Nab telah berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang usahawan dengan suasana yang cukup santai dan interaktif bersama hampir 600 orang perwakilan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang hadir.
Di dalam majlis yang sama, YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, AMK., Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Biro-Biro PUSPANITA Cawangan Negeri Tahun 2024 dan juga kepada Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Sesi 2023-2025 sebagai pengiktirafan sumbangan barisan biro dan jawatankuasa sepanjang lantikan.
Mesyuarat Agung seterusnya telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Seri Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan telah berjalan dalam suasana yang berhemah dan harmoni. YBhg. Datin Seri kemudiannya berbesar hati untuk menyampaikan pemberian geran berjumlah RM5,000.00 kepada semua Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah di negeri Kedah agar dapat membantu dalam penganjuran program yang bermanfaat kepada ahli PUSPANITA khususnya dan rakyat Negeri Kedah amnya.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menghantar 20 orang wakil bagi menghadiri mesyuarat agung tersebut. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dalam memberi sokongan dalam penganjuran Mesyuarat Agung PUSPANITA ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua