Sunday, 23 March 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐓𝐔𝐋𝐔𝐒 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐓𝐔𝐋𝐔𝐒 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔





















21 Mac 2025 (Jumaat)

PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dengan kerjasama Pertubuhan Amal Warisan Kedah dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menganjurkan Program Setulus Hati Semarak Aidilfitri 2025 bertempat di Parkson Petani Parade, Sungai Petani, Kedah.

Seramai 50 orang pelajar yang merupakan anak ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim atau kurang berkemampuan telah disantuni oleh PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Pertubuhan Amal Warisan Kedah menerusi program ini.

Para pelajar berkenaan telah diberi peluang membuat pilihan kelengkapan pakaian raya masing-masing di Parkson Petani Parade, Sungai Petani, Kedah. Turut hadir bersama pada program ini YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah diringi oleh Puan Sharhida Nasuha,
Bendahari PUSPANITA dan Puan Marniza Ramzani binti Mokhtar, Pengerusi Biro Kebajikan yang turut bersama-sama memilih kelengkapan pakaian raya untuk pelajar ini bagi sambutan 1 Syawal 1446H.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Negeri Kedah dan Pertubuhan Amal Kedah atas anjuran program dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan majlis ini.

Semoga program amal sebegini dapat diteruskan lagi di masa hadapan dengan kolaborasi strategik bersama pelbagai pihak untuk dimanfaatkan oleh ahli-ahli PUSPANITA dan masyarakat.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua