Monday, 10 March 2025

πŠπ”π‘π’π”π’ π€ππ„πŠπ€ πŠπ”πˆπ‡ π‘π€π˜π€

 πŠπ”𝐑𝐒𝐔𝐒 π€ππ„πŠπ€ πŠπ”πˆπ‡ π‘π€π˜π€
















Tarikh    : 09/03/2025 (Ahad)
Jam       : 9.00 pagi
Tempat  : Kolej Komuniti Bandar Baharu

Kursus Aneka Kuih Raya anjuran Kolej Komuniti Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Kolej Komuniti Bandar Baharu.

Seramai 10 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai kursus ini. Kursus ini adalah di bawah bimbingan Pn Nurul Hidayah bt Tajudin dan urusetia kursus, Pn Suraya bt Ismail @ Shaari dari Kolej Komuniti Bandar Baharu.

Kursus ini dimulai dengan lawatan ke pameran oleh Agensi Antidadah Bandar Baharu (AADK) bagi melihat contoh jenisΒ² dadah dan juga peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para peserta supaya lebih peka jika ada sebarang aktivitiΒ² dan juga tingkahlaku ahli keluarga yang lain yang mencurigakan.

Selesai lawatan, peserta memulakan kursus membuat kuih raya sehingga selesai dan masing-masing membawa pulang hasil masakan yang telah dibuat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Kolej Komuniti Bandar Baharu atas penganjuran kursus masakan ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan kursus ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua