ππππππ πππππππ πππππ πππππππ ππππππππππ ππππ πππππππ πππππ, πππππππππ ππππππππ ππππππ πππππ πππ πππππππππ ππππππππ πππππ ππππππ ππππππ ππππππ
21 Mac 2025 (Jumaat)
Majlis Berbuka Puasa Bersama Pertubuhan Amal Warisan Kedah, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Bertam Resort and Water Park, Pulau Pinang.
Seramai 50 orang pelajar yang merupakan anak ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf, anak yatim atau kurang berkemampuan berpeluang berbuka puasa bersama-sama.
Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan duit raya yang telah disampaikan oleh YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan YBhg. Datin Hajah Rahimah binti Haji Harun daripada Pertubuhan Amal Warisan Kedah.
Turut hadir, YB Datoβ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YB Datoβ Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YBhg. Datoβ Haji Mohd. Fauzi bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Kedah, YBrs. Encik Mohd Noor bin Ismail, Pegawai Daerah Bandar Baharu, merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, YBhg. Datoβ Haji Md Rosli bin Haji Abd Wahab, Pengerusi Pertubuhan Amal Warisan Kedah, YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Wira Hajah Mahfuzah binti Mat Desa, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Marniza Ramzani binti Mokhtar, Pengerusi Biro Kebajikan, barisan ahli jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan ahli Biro Kebajikan PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Negeri Kedah dan Pertubuhan Amal Kedah atas anjuran program dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan majlis ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
π» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua