𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐇-𝐁𝐔𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐒𝐓𝐀 𝐀𝐘𝐀𝐐 𝟐𝟎𝟐𝟓
Bersempena dengan Pesta Ayaq Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2025 yang bermula dari 20 Februari hingga 23 Februari 2025, bertempat di Dataran Bandar Baharu, Kedah. PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu diberi kepercayaan menjadi Juri Pertandingan Gubahan Buah-buahan.
Sebanyak 5 kumpulan telah menyertai pertandingan ini bagi menunjukkan kreativiti masing-masing dalam gubahan buah-buahan. Setiap peserta diberi pilihan buah-buahan untuk diukir mengikut kreativiti dan semuanya kelihatan menarik berdasarkan kreativiti dan pengalaman masing-masing. Peserta diberi masa 1 jam 30 minit dalam pertandingan tersebut.
Johan pertandingan Gubahan Buah-buahan dimenangi Kumpulan 4 iaitu Encik Muhamad Ridzuan. Tempat ke-2 Kumpulan 3 Puan Norhasmah dan tempat ke-3 Kumpulan 1 Puan Norul. Tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan ini.
Jutaan tahniah diucapkan kepada ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu atas komitmen dalam penglibatan sebagai Juri Pertandingan Gubahan Buah-buahan sempena Pesta Ayaq Bandar Baharu 2025 ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua