𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓/𝟏𝟒𝟒𝟔𝐇
18 Mac 2025 (Selasa)
Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Program PUSPANITA Bertadarus bersempena dengan bulan Ramadan 1446H pada 17 & 18 Mac 2025. Sehubungan dengan itu, seramai 5 orang ahli dari PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menyertai program ini dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Tanah Bandar Baharu.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu juga telah diberikan juzuk 16 untuk diselesaikan bacaan. Antara ahli yang turut serta ialah Puan Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi I PUSPANITA, Puan Nurul Haniza bt Abdul Ghani, Setiausaha PUSPANITA, Puan Nurul Ain bt Samsudin, Bendahari PUSPANITA, Puan Shahirah bt Salim, AJK PUSPANITA serta Puan Juliewati bt Md Taib.
Semoga dengan penganjuran program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama Warga PUSPANITA, memantapkan ilmu dan kemahiran membaca Al-Quran, mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan Ramadan yang mulia dan semoga beroleh syafaat.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua