ππππππππ πππππππππ ππππ πππππ πππππ
Tarikh : 19 Jun 2025 (Khamis)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Taman Tasik Seri Serdang, Serdang, Kedah
Taklimat Kesihatan Gaya Hidup Sihat telah diadakan bertempat di Taman Tasik Seri Serdang, Serdang, Kedah pada jam 11.00 pagi. Program anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu ini memberi fokus kepada dua aspek penting dalam kehidupan seharian iaitu pemakanan sihat dan pengurusan emosi dalam menangani masalah.
Taklimat pertama dimulakan dengan pengenalan kepada Piramid Makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia. Para peserta diberi penjelasan tentang susun atur makanan mengikut kumpulan dalam piramid makanan serta konsep “suku-suku separuh” yang digariskan oleh Pinggan Sihat Malaysia bagi memastikan pengambilan makanan harian yang seimbang dan menyihatkan.
Kemudian, peserta menyertai sesi interaktif Checkpoint Gula & Garam, yang memberikan maklumat tentang bahaya pengambilan gula dan garam secara berlebihan. Peserta diberi kesedaran tentang risiko penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung jika tidak mengawal pemakanan dengan baik.
Seterusnya, program ini turut diselitkan dengan satu taklimat khas berkaitan pengurusan emosi dalam menangani masalah. Dalam sesi ini, peserta diberi panduan dan teknik mudah untuk mengawal emosi, mengenal pasti punca tekanan serta belajar cara menangani cabaran harian secara lebih tenang dan positif. Ia amat berguna dalam membantu individu mengekalkan kesihatan mental yang baik, terutama dalam kehidupan moden yang serba mencabar.
Program ini memberi manfaat besar kepada para peserta dari segi kesihatan fizikal dan mental untuk memperkasa masyarakat ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan seimbang. TAHNIAH kepada semua peserta yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
π» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua