Sunday, 13 July 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍
















































21 Jun 2025 (Sabtu)

Program Gotong-Royong dan Penyampaian Sumbangan telah diadakan di Pusat Tahfiz Raudhatul Ulum, Jln Sg Batu, Kg Rantau Panjang, Serdang, Kedah.  Program anjuran PUSPANITA Daerah Bandar Baharu diadakan dengan tujuan memupuk semangat kesukarelawanan serta menyantuni para pelajar tahfiz.

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tuan Guru Haji Ahmad Ridoudin bin Haji Abdul Wahab selaku Mudir Pusat Tahfiz Raudhatul Ulum dan ucapan seterusnya disampaikan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Turut hadir bersama Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Seterusnya, sesi penyampaian sumbangan kepada pihak pentadbiran Pusat Tahfiz sebagai tanda prihatin dan sokongan kepada usaha mereka dalam mendidik anak-anak tahfiz.

Program dimulakan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Pusat Tahfiz serta Tuan Pegawai Daerah turut berkenan meninjau kawasan persekitaran tahfiz seterusnya mengambil bahagian dalam aktiviti menanam pokok bersama Pengerusi PUSPANITA, Puan Noor Suhaida binti Bideng sebagai simbolik penghijauan dan kelestarian alam sekitar.

Menariknya turut diadakan aktiviti memancing ikan keli di kolam berhampiran sebagai salah satu aktiviti santai yang disertai oleh ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan pelajar tahfiz. Aktiviti ini bukan sahaja menghiburkan tetapi turut mengeratkan hubungan antara semua yang hadir.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Pusat Tahfiz Raudhatul Ulum dan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dan berharap inisiatif sebegini dapat diteruskan di masa akan datang demi kesejahteraan bersama dan pembangunan masyarakat yang lebih prihatin.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua