Tuesday, 15 July 2025

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐔𝐂𝐈 𝐌𝐔𝐋𝐔𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍

 

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐔𝐂𝐈 𝐌𝐔𝐋𝐔𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍
































28 Jun 2025  (Sabtu)

Pertandingan Memasak Pencuci Mulut Berasaskan Durian telah diadakan dengan meriah sempena Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu pada 28 Jun 2025 bertempat di Dataran Bandar Baharu, Kedah.

Sebanyak 5 kumpulan yang menyertai pertandingan ini dan setiap peserta dikehendaki menghasilkan pelbagai jenis pencuci mulut berasaskan raja buah tersebut. Pertandingan ini telah diadili oleh Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut kagum dengan tahap kreativiti dan rasa pencuci mulut yang dihasilkan.

Para pemenang menerima hadiah menarik berupa hamper dan sijil penyertaan sebagai penghargaan. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Pertandingan ini bukan sahaja memberi peluang kepada masyarakat untuk menyerlahkan bakat dalam bidang masakan, malah turut memeriahkan lagi suasana Durian Agro Tourism Fest serta mempromosikan durian sebagai ikon agropelancongan daerah.

TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua