Tuesday, 15 July 2025

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐓𝐀𝐈𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀T𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐀𝐏𝐌)

 

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐅𝐎𝐓𝐀𝐈𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀T𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐀𝐏𝐌)





26 Jun 2025 (Khamis)

Taklimat Infotainment Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bandar Baharu sempena Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu telah diadakan pada 26 Jun 2025 di Dataran Bandar Baharu, Kedah. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai keselamatan awam serta peranan APM dalam situasi kecemasan dan bencana.

Antara pengisian menarik dalam taklimat ini termasuklah demonstrasi pertolongan cemas, teknik menyelamat, dan pameran peralatan kecemasan. Aktiviti yang paling mencuri tumpuan adalah sesi interaksi bersama haiwan eksotik, di mana kanak-kanak diberi peluang memegang ular sambil dipantau oleh pegawai APM yang berpengalaman. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah mendidik kanak-kanak tentang cara berinteraksi secara selamat dengan haiwan.

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir pada taklimat ini sebagai tanda sokongan terhadap program yang memberi manfaat kepada orang awam. TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua